Sunday 19 October 2014

PERKAKASAN

A. Kabel Rangkaian dan RJ45




  1. Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
  2. Menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara wayar


B. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
  1. Satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
  2. Membolehkan sesbuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
  3. Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.

C. Hab
  1. Berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
  2. Mempunyai port rangkaian. Apabila data di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.

D. Suis (Switch)



  1. Mempunyai fungsi yang sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut.
  2. Merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.

E. Modem
  1. Membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
  2. Menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke internet.

F. Penghala (Router)
  1. Membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
  2. Bertindak sebagai suis yang menetukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.

G. Tititk Pusat Tanpa Wayar (Wireless Access Point)
  1. Menghubung data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
  2. Sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.

PERISIAN

A. Rakan ke Rakan (Peer to Peer)

  • AppleShare
  • Netware Lite 

  • Windows for WorkGroup

B. Pelanggan - Pelayan (Client - Server)
  • Novell Netware


  • Windows Server

  • Banyan Vines