A. Kabel Rangkaian dan RJ45
- Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
- Menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara wayar
B. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
- Satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
- Membolehkan sesbuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
- Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
C. Hab
- Berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
- Mempunyai port rangkaian. Apabila data di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
D. Suis (Switch)
- Mempunyai fungsi yang sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut.
- Merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.
E. Modem
- Membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
- Menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke internet.
F. Penghala (Router)
- Membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
- Bertindak sebagai suis yang menetukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
G. Tititk Pusat Tanpa Wayar (Wireless Access Point)
- Menghubung data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
- Sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
PERISIAN
A. Rakan ke Rakan (Peer to Peer)
- AppleShare
- Netware Lite
- Windows for WorkGroup
B. Pelanggan - Pelayan (Client - Server)
- Novell Netware